Ibu teruja untuk imbasan bayi…
Perkara yang paling mengujakan ibu mengandung adalah saat untuk melakukan imbasan bayi. Tetapi adakah prosedur imbasan ultrabunyi selamat untuk dilakukan?
Kemajuan teknologi untuk imbasan bayi anda…
Selaras dengan kemajuan teknologi, proses imbasan bayi juga ditingkatkan daripada 2D kepada 4D/5D.
Pun begitu, terdapat sebilangan individu beranggapan bahawa imbasan 4D/5D mesti menggunakan kadar intensiti yang lebih tinggi berbanding proses imbasan ultrabunyi 2D.
Pastinya ramai bakal ibu dan bapa khuatir mengenai kesan sampingan peralatan pengimbasan 4D/5D.
Walau bagaimanapun, imbasan 4D/5D telah dibuktikan sebagai 1 prosedur yang selamat sepenuhnya bagi ibu hamil dan kandungan.
Imbasan 4D yang dilakukan beroperasi pada tahap intensiti yang sama dengan peralatan imbasan 2D.
Ia akan memancarkan gelombang bunyi ke dalam badan dan menghasilkan gambar berdasarkan gema yang didengar.
Hakikatnya teknologi imbasan ultrabunyi mempunyai banyak persamaan dengan radar.
imbasan Ultrabunyi atau imbasan bayi tidak akan mendedahkan bayi kepada radiasi
Umumnya, jika anda melakukan imbasan bayi, tidak kiralah imbasan 2D, imbasan 3D mahupun imbasan 4D, prosedur tersebut tidak akan mendedahkan bayi kepada radiasi dan biasanya tidak akan menyakitkan mereka.
Perbezaan imbasan bayi: 2D, 3D dan 4D
Imbasan ultrabunyi dapat menunjukkan perkembangan janin dalam kandungan melalui gambar. Ia membantu mendiagnosis jangkitan, pembengkakan dan penyebab rasa sakit pada ibu mengandung.
Walau bagaimanapun, seiring dengan kemahuan teknologi pada masa kini, klinik kehamilan dapat menawarkan pelbagai teknik ultrabunyi (ultrasound) yang berbeza.
Sementara teknik imbasan 2D memberikan gambaran bayi yang kelabu dan kabur, ultrabunyi 3D dan 4D menawarkan gambaran bayi yang lebih baik dan realistik.
2D, 3D, 4D: Pilihan terbaik ibu mengandung.
Teknik imbasan 2D, menghasilkan gambar yang terdiri daripada garis besar badan dan gambar organ dalaman yang kabur.
Secara tidak langsung, ia menyebabkan kebanyakan bakal ibu dan bapa berasa tidak berpuas hati.
Seperti namanya, imbasan 3D memberikan gambaran 3 dimensi. Dalam 3 dimensi ultrabunyi, anda akan dapat melihat kulit, jantina dan bentuk wajah si manja dalam kandungan.
Satu-satunya perbezaan antara imbasan 3D dan imbasan 4D adalah teknik imbasan ultrabunyi 4D membolehkan ibu mengandung mengetahui waktu jangkaan bersalin.
Maka, pastinya teknik imbasan bayi 4D paling maju dapat memberikan ibu bapa untuk melihat bayi yang bergerak.
Sebarang persoalan atau pertanyaan tentang kesihatan, kebimbangan penyakit dan persiapan sebelum berlepas ke tanah suci , boleh hubungi nombor yang tertera di bawah atau klik pautan whatsapp:
012-4140969
https://wa.link/v4bob3
https://wa.link/v4bob3
https://wa.link/v4bob3
Laman web
www.kliniksalam.com
sumber : Portal Rasmi Myhealth Kementerian Kesihatan Malaysia
#ibuhamil #ibumengandung #ertihiduppadamemberi #klinikassalam #scanmurah #babyscan #ramadan #terpalingsihat #terpalingsihatraya #rayaaidilfitri #raya #persiapanraya #rayamanatahunini