Langkah Pertama ke Arah Umrah & Haji: Pastikan Kesihatan Anda Bersedia

Mengapa pemeriksaan kesihatan begitu penting? Kerana di sana, jemaah akan berdepan cuaca panas, tempat yang sesak dan aktiviti fizikal yang banyak. Jika badan tidak bersedia dengan baik, risiko jatuh sakit sangat tinggi.

Menurut artikel Bernama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyatakan bahawa setakat ini, tiga peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji Malaysia dilaporkan gagal saringan kesihatan untuk menunaikan rukun Islam kelima bagi musim 2026.

Mengapa Pemeriksaan Kesihatan Penting?
  • Memastikan badan cukup cergas untuk beribadah
  • Melindungi diri sendiri & orang lain daripada penyakit berjangkit
  • Mematuhi keperluan kesihatan & peraturan perjalanan
  • Memastikan anda mampu menghadapi perubahan persekitaran & cabaran fizikal
Tip Kesihatan untuk Umrah/Haji
  • Minum air secukupnya
  • Pakai pelitup muka
  • Jaga kebersihan diri
  • Dapatkan rehat yang cukup sebelum berangkat

Dengan pemeriksaan kesihatan awal di Klinik As-Salam, ibadah anda bukan sahaja selamat, malah lebih tenang.

 

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.klinikassalam.com

Tatal ke Atas