Pengurusan Gula Darah yang Selamat Semasa Berpuasa

Bulan Ramadan sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam. Walau bagaimanapun, pesakit diabetes atau mereka yang mempunyai masalah gula darah yang tidak stabil memerlukan perancangan dan pemantauan yang lebih teliti.

Siapakah yang Perlu Berhati-hati?

Golongan berikut perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum berpuasa:

  • Pesakit diabetes jenis 1
  • Pesakit diabetes jenis 2 yang mengambil insulin
  • Wanita hamil yang menghidap diabetes
  • Warga emas yang menghidap penyakit kronik

Golongan ini amat digalakkan menjalani pemeriksaan awal bersama doktor.

Bilakah Masa Terbaik untuk Memeriksa Gula Darah?

Ujian gula darah menggunakan glukometer TIDAK membatalkan puasa, jadi masa yang sesuai ialah:

  • Sebelum sahur
  • Tengah hari (jika berasa lemah atau pening)
  • Sebelum berbuka
  • 2 jam selepas berbuka

Jangan ubah dos atau waktu pengambilan ubat tanpa berbincang dengan doktor. Sesetengah ubat perlu dilaraskan waktunya semasa Ramadan.

Jika anda menghidap diabetes atau bacaan gula darah tidak stabil, dapatkan pemeriksaan kesihatan segera sebelum Ramadan bermula.

 

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.klinikassalam.com

Tatal ke Atas