Hari Raya merupakan antara waktu yang paling dinanti-nantikan untuk berkumpul bersama keluarga dan menikmati pelbagai hidangan tradisional seperti ketupat, rendang dan kuih-muih. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan juga perlu diurus supaya tidak menjejaskan kesihatan, termasuk kenaikan berat badan, masalah penghadaman dan peningkatan paras gula darah.
Oleh itu, penting untuk kita tahu cara mengurus pemakanan supaya dapat menikmati juadah tanpa menjejaskan kesihatan.
1. Makan dalam Kuantiti Sederhana
Anda tidak perlu menolak pelawaan tuan rumah, tetapi boleh makan dalam kuantiti kecil untuk merasa juadah yang dihidangkan. Contohnya, sebiji ketupat dan setengah senduk kuah kacang. Rendah kalori dan perut tetap selesa.
2. Hadkan Pengambilan Kuih Raya
Kuih raya lazimnya mengandungi gula dan lemak yang tinggi. Jika dimakan berlebihan, ia boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan meningkatkan paras gula darah.
3. Utamakan Air Kosong
Minuman manis seperti sirap bandung dan minuman berkarbonat sering menjadi pilihan semasa Hari Raya, tetapi air kosong dapat membantu memastikan badan terhidrat dan mengawal selera makan.
4. Kekal Aktif Secara Fizikal
Walaupun sibuk beraya, kekal aktif penting untuk membakar kalori berlebihan yang diambil semasa Raya. Contohnya, berjalan kaki atau melakukan senaman ringan.
Jadi, walaupun Hari Raya merupakan masa untuk menikmati juadah bersama keluarga dan rakan, pengambilan makanan tetap perlu diurus supaya tidak menjejaskan kesihatan.
Jika anda mengalami masalah seperti sakit perut, demam, masalah gula darah dan terutamanya kenaikan berat badan, anda boleh mendapatkan pemeriksaan dan nasihat di Klinik As-Salam.
Di Klinik As-Salam, anda juga boleh memulakan perjalanan menurunkan berat badan bersama doktor kami yang berpengalaman.
Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.klinikassalam.com