Merancang Anak Berkhatan (Sunat)? Ini Sebab Klinik As-Salam Menjadi Pilihan Ibu Bapa

Ibu bapa pastinya mahu memberikan pengalaman berkhatan yang tenang kepada anak supaya anak berasa lebih selesa dan yakin. Oleh itu, memilih klinik yang tepat memainkan peranan penting bagi memastikan anak melalui pengalaman berkhatan yang baik.

 

Di Klinik As-Salam, kami menyediakan perkhidmatan berkhatan kanak-kanak dengan pendekatan yang lebih mesra keluarga, merangkumi proses sebelum berkhatan, prosedur itu sendiri hinggalah penjagaan selepas berkhatan.

 

Berikut ialah antara sebab Klinik As-Salam menjadi pilihan ibu bapa:

1. Doktor berpengalaman mengendalikan prosedur berkhatan

Setiap prosedur berkhatan di Klinik As-Salam dijalankan oleh pengamal perubatan yang terlatih dan berpengalaman. Ibu bapa juga boleh mendapatkan penerangan terlebih dahulu tentang prosedur berkhatan, kaedah yang disediakan dan perkara yang perlu diberi perhatian selepas berkhatan.

 

2. Dipercayai sejak 2012

Selama lebih sedekad, Klinik As-Salam menjadi pilihan ibu bapa untuk mengkhatankan anak apabila tiba musim cuti sekolah. Selain itu, Klinik As-Salam juga telah menganjurkan banyak program berkhatan bersama masyarakat, contohnya bersama masjid berhampiran. Sambutan yang diterima amat menggalakkan.

 

3. Klinik yang mesra kanak-kanak

Persekitaran klinik yang tenang dan mesra kanak-kanak juga menjadi antara sebab Klinik As-Salam dipilih oleh ibu bapa. Layanan baik daripada doktor dan kakitangan kami dalam mengendalikan kanak-kanak memberi kesan positif, terutamanya kepada emosi kanak-kanak yang datang berkhatan. Ruang khas untuk kanak-kanak turut disediakan supaya mereka berasa lebih tenang dan selamat.

 

Memilih tempat untuk anak berkhatan bukan keputusan kecil. Ibu bapa tentunya mahukan yang terbaik untuk anak-anak.

 

Cuti sekolah hampir tiba. Sudahkah anda menempah slot berkhatan untuk anak? Berikan pengalaman yang tenang dan selamat kepada anak anda bersama Klinik As-Salam.

 

Tempah slot untuk anak anda sekarang sebelum terlambat!

 

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.klinikassalam.com

Tatal ke Atas