Setiap kali jerawat muncul, ia sering dianggap masalah kulit biasa akibat kulit berminyak atau penjagaan wajah yang kurang betul. Namun, dalam sesetengah kes, jerawat boleh berkait dengan faktor kesihatan dalaman.
Oleh itu, apabila masalah jerawat kerap berulang atau muncul secara tiba-tiba tanpa punca yang jelas, anda mungkin perlu berjumpa pakar supaya ia tidak bertambah teruk.
Apakah Punca Jerawat di Wajah?
Jerawat muncul apabila liang roma tersumbat oleh minyak (sebum), sel kulit mati dan bakteria. Apabila liang roma tersumbat, keradangan boleh berlaku dan membentuk jerawat.
Antara masalah berkaitan kulit yang boleh menyebabkan jerawat:
- Oily skin
- Menggunakan produk yang tidak sesuai
- Pembersihan kulit yang tidak betul
Bagaimana pula dengan Jerawat yang Berkaitan Masalah Kesihatan?
Jerawat bukan sahaja berkait rapat dengan faktor luaran. Ia juga boleh menjadi tanda ketidakseimbangan dalam badan, termasuk:
1. Ketidakseimbangan hormon
Ini sering berlaku semasa akil baligh, haid, kehamilan dan menopaus.
2. Tekanan berpanjangan
Apabila seseorang mengalami tekanan berlebihan, badan menghasilkan lebih banyak minyak pada kulit.
3. Kurang tidur
Tidur yang tidak mencukupi boleh menjejaskan proses pemulihan badan dan keseimbangan hormon. Lama-kelamaan, ini boleh memberi kesan kepada kesihatan kulit.
4. Pemakanan dan gaya hidup
Walaupun makanan bukan punca utama jerawat, pemakanan tinggi gula dan makanan diproses boleh memburukkan jerawat bagi sesetengah individu.
Adakah Penjagaan Kulit Sahaja Mencukupi?
Biasanya, ramai yang menumpukan perhatian kepada mencuba pelbagai produk apabila mengalami jerawat. Namun, jika punca sebenar berpunca daripada hormon atau masalah kesihatan tertentu, produk kecantikan sahaja tidak mencukupi.
Jadi, memahami punca sebenar jerawat merupakan langkah pertama untuk mendapatkan rawatan yang lebih sesuai dan berkesan.
Masih mengalami masalah jerawat yang berpanjangan atau berulang?
Dapatkan konsultasi bersama doktor kami di Klinik Kulit Klinik As-Salam 24 Jam Semenyih untuk mengetahui punca dan rawatan yang sesuai untuk anda.
Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.klinikassalam.com