Ada yang mudah naik berat badan, manakala ada yang sukar menurunkannya. Ada juga individu yang mempunyai sejarah penyakit dalam keluarga, tetapi kekal sihat.

 

Jadi, adakah kesihatan lebih dipengaruhi oleh genetik atau gaya hidup?

 

Genetik ialah maklumat yang diwarisi melalui DNA. Ia boleh mempengaruhi beberapa perkara, seperti:

  • Cara badan menggunakan tenaga
  • Metabolic rate
  • Cara badan memproses nutrien
  • Kecenderungan terhadap masalah kesihatan tertentu
  • Tindak balas badan terhadap pemakanan dan aktiviti fizikal

 

Walau bagaimanapun, mempunyai kecenderungan genetik tidak bermakna seseorang pasti akan menghidap masalah kesihatan tersebut.

 

Gaya hidup juga memainkan peranan penting. Antara faktor yang boleh mempengaruhi kesihatan ialah:

  • Corak pemakanan harian
  • Tahap aktiviti fizikal
  • Kualiti dan tempoh tidur
  • Stress levels
  • Tabiat harian seperti merokok atau kurang aktif

 

Genetik boleh memberikan gambaran tentang kecenderungan badan, manakala gaya hidup merupakan faktor yang boleh diubah dan diurus setiap hari.

 

Kesimpulannya, genetik dan gaya hidup saling berkaitan.

 

Kita mungkin tidak dapat mengubah genetik, tetapi masih banyak pilihan gaya hidup yang boleh dibuat untuk menyokong kesihatan yang lebih baik.

 

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.klinikassalam.com

Tatal ke Atas