Acap kali kita dengar, sebelum ke negara Afrika dan Amerika Selatan, kita diwajibkan untuk mengambil suntikan vaksin demam kuning atau “Yellow Fever”. Apakah yang dimaksudkan dengan suntikan ini? Apa yang mewajibkan kita untuk mengambil suntikan vaksin ini?

Vaksin demam kuning ini ialah vaksin yang melindungi kita daripada demam kuning. Demam kuning merupakan jangkitan virus yang sering berlaku di Afrika dan Amerika Selatan.
Tujuan Mengambil Vaksin Yellow Fever Vaksin demam kuning atau “Yellow Fever” ini digunakan untuk mengawal wabak penyakit demam kuning. Ia diberikan sama ada dengan suntikan ke dalam otot atau di bawah kulit. Ianya terjadi disebabkan oleh gigitan nyamuk yang terinfeksi. Seperti di Malaysia, kita sering dikaitkan dengan Demam Denggi. Tetapi untuk negara Afrika dan Amerika Syarikat, ianya ialah Demam Kuning.

Peringatan kepada rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan ke negara-negara yang berisiko untuk mendapat yellow fever ialah:
- Dapatkan vaksin Yellow Fever dari pusat vaksinasi yang sah di Malaysia Kesan Selepas Suntikan Vaksin Yellow Fever
- Dapatkan vaksinasi sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh berlepas untuk perlindungan dari jangkitan.
- Bawa sijil vaksinasi antarabangsa semasa perjalanan untuk pemeriksaan kesihatan
- Secara keseluruhannya, vaksin demam kuning ini adalah selamat. Kesan sampingan yang sederhana seperti sakit kepala, sakit otot, sakit pada tempat suntikan, demam dan ruam.
Langkah Berjaga-Jaga Sepanjang Di Negara Tersebut
- Elakkan terdedah kepada gigitan nyamuk dengan mengubahsuai aktiviti yang dilakukan
- Elakkan melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk ini beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh
- Elakkan gigitan nyamuk dengan menggunakan bahan untuk mengelakkan/ menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah. Sapukan bahan tersebut ke kulit selepas memakai pelindung matahari atau losyen. Sapu semula setiap kali berpeluh atau selepas terkena air
- Pakai pakaian berlengan dan seluar panjang
- Elakkan memakai pakaian yang berwarna gelap (menarik perhatian nyamuk)
- Tutup tingkap atau bidai pada waktu malam
- Gunakan semburan racun serangga aerosol, atau tablet racun serangga pada waktu malam sebelum tidur
Sumber: MyHealthGov