
Kini, semakin ramai yang sedar tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Ramai yang telah mula menjadikan aktiviti fizikal atau senaman sebagai rutin harian, sama ada melalui senaman ringan di rumah atau aktiviti di luar.
Terdapat pelbagai cara untuk kekal aktif dan berpeluh. Ada yang menetapkan sasaran untuk mencapai 10,000 langkah sehari.
Ini merupakan permulaan yang baik ke arah gaya hidup yang lebih sihat.
Apabila tiba hujung minggu, kita biasanya mempunyai lebih banyak masa untuk menikmati aktiviti luar seperti mendaki bukit, berjoging di taman rekreasi atau menyertai aktiviti rekreasi lain.
Walau bagaimanapun, semasa bersenam atau beriadah di luar, anda atau orang di sekeliling anda mungkin tiba-tiba mengalami sakit dada.
Jika anda tidak pasti punca sakit dada tersebut, jangan abaikannya atau tunggu terlalu lama untuk mendapatkan bantuan.
Sakit dada mungkin merupakan tanda masalah jantung atau masalah kesihatan serius yang lain.
Adakah anda perasan bahawa anda kerap mengalami sakit dada?
Jadi, apakah yang perlu anda lakukan? 🤔
Anda perlu berjumpa doktor untuk penilaian lanjut. Antara keadaan yang boleh menyebabkan sakit dada termasuk:
👉🏻 Kembung perut atau angin terperangkap
👉🏻 Refluks asid
👉🏻 Pedih ulu hati
👉🏻 Batuk yang teruk atau berpanjangan
Anda juga boleh membuat pemeriksaan kesihatan di mana-mana cawangan Klinik As-Salam yang berhampiran.
Mencegah lebih baik daripada mengubati. 🥰
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di:
03-9078 3030 / 012-414 0969
https://klinikassalam.com/
.