Tips Nak dapat Gambar 3D4D Yang Cantik? 🤰🏼

Bila bercerita tentang imbasan, semestinya ibu ayah teruja sebab nak tengok muka cahaya mata yang bakal lahir ke dunia nanti kan?
Jadi ada juga diantara kita yang mahukan gambar imbasan yang jelas, dan boleh lihat apa yang mereka sedang lakukan.
Tetapi, gambar Imbasan 3D4D ni bergantung kepada pelbagai faktor.
.
1) Usia kandungan semasa imbasan dilakukan
Imbasan disarankan: semasa usia kandungan 26 minggu ke 33 minggu. Jika bayi besar 36 minggu ke atas, bayi dah padat jadi susah dapat imej yang jelas.
Bagi yang bawah 26 minggu, imej imbasan mungkin akan kurang jelas kerana bayi masih lagi kecil.
.
2) Jumlah air ketuban
Jika air ketuban sikit, akan susah mendapatkan imej imbasan yang jelas. Jangan risau, doktor akan bantu ukur jumlah air ketuban ibu sebelum melakukan imbasan.
.
3) Ketebalan dinding abdomen ibu
Ini seperti ibu seorang yang obes, dinding abdomen agak tebal, dan susah untuk mendapatkan imej imbasan yang jelas.
.
4) Kedudukan bayi
Ada bayi yang meniarap, tutup muka, tutup badan, tapi doktor atau sonografer akan cuba bantu supaya bayi duduk dalam posisi yang terbaik untuk imbasan dan mendapatkan imej.
.
5) Jenis mesin imbasan
Jika mesin imbasan itu lebih canggih dan terkini, imej imbasan yang dihasilkan juga akan lebih cantik dan jelas.
.
Kami di Klinik As-Salam sentiasa:
❤️Menggunakan mesin dan alatan yang terbaik dan terbaru di pasaran!
❤️Ruang menunggu yang selesa
❤️Doktor wanita yang lemah lembut
❤️Bilik imbasan sangat tenang
.
Jom buat imbasan dengan Klinik As-Salam di semua cawangan kami!

Sebarang tempahan slot boleh ke:
https://book.kliniksalam.com/customer
.
Maklumat lanjut mengenai Klinik As-Salam:
https://klinikassalam.com/

#ertihiduppadamemberi #klinikassalam #ultrasonography

Tatal ke Atas