
Sila baca sehingga habis.
Dimaklumkan bahawa terdapat individu tidak bertanggungjawab yang mendakwa mewakili pasukan Careline Klinik As-Salam.
Modus operandi individu ini adalah dengan menghubungi pelanggan Klinik As-Salam untuk mengatur temu janji atau membincangkan perkara berkaitan perkembangan kehamilan dan maklumat kesihatan peribadi yang lain.
Klinik As-Salam tidak akan menghubungi anda secara peribadi untuk meminta atau membincangkan maklumat sulit berkaitan kehamilan anda.
Kami amat menggalakkan pelanggan untuk mengesahkan maklumat melalui laman web rasmi kami:
Anda juga boleh menghubungi kami secara terus jika perlu mengatur temu janji baharu.
Jika anda menerima sebarang mesej yang mendakwa daripada Klinik As-Salam, anda boleh mengesahkan sama ada ia benar-benar daripada pasukan Careline kami dengan menghubungi kami melalui saluran rasmi di bawah:
Klinik As-Salam Careline: 03-9078 3030
WhatsApp: 012-4140 969
Bantu kami menyebarkan notis ini dengan berkongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.
Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama anda.
Kami berharap dapat terus memberikan perkhidmatan dan penjagaan terbaik kepada anda semua.
.