Apakah Itu Obesiti? Lebih daripada Sekadar Berat Badan Berlebihan

Ramai yang menyangka obesiti sekadar soal kenaikan berat badan. Hakikatnya, obesiti ialah penyakit yang memberi kesan besar kepada kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kualiti hidup seseorang.

Apakah Itu Obesiti?

Obesiti ialah keadaan di mana lemak berlebihan terkumpul dalam badan dan boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan fizikal. Ia lazimnya dinilai menggunakan BMI (Indeks Jisim Tubuh), namun penilaian menyeluruh tidak bergantung pada satu ukuran sahaja. Jika BMI anda antara 25 hingga 29, anda mungkin berada dalam kategori berat badan berlebihan.

Risiko Kesihatan Akibat Obesiti

Obesiti meningkatkan risiko pelbagai penyakit kronik, termasuk:

  • Diabetes
  • Tekanan darah tinggi
  • Kidney disease
  • High cholesterol
Mengapa Obesiti Dianggap Penyakit, Bukan Sekadar Isu Berat Badan?
  • Ia boleh menjejaskan fungsi badan
  • Ia meningkatkan risiko penyakit
  • Ia boleh berlaku walaupun seseorang tidak makan berlebihan (genetik, hormon, tekanan)
  • Ia memerlukan rawatan yang tersusun (sebagai penyakit kronik)

Obesiti bukan sekadar soal penampilan atau angka pada penimbang, tetapi keadaan kesihatan yang perlu diberi perhatian serius. Jika anda menghadapi masalah berat badan atau mempunyai risiko kesihatan berkaitan obesiti, dapatkan nasihat dan pemantauan doktor lebih awal untuk mengesan dan mengurangkan risiko penyakit yang lebih berbahaya.

Ingin menurunkan berat badan dengan cara yang betul dan selamat?

Anda boleh bermula dengan Klinik Pengurusan Berat Badan di Klinik As-Salam.

 

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.klinikassalam.com

Tatal ke Atas