BMI, Lemak Viseral & Obesiti: Apakah Perbezaannya?

Ramai yang masih menilai tahap kesihatan berdasarkan berat badan semata-mata. Mereka menganggap badan yang kelihatan langsing bermakna sihat, manakala berat badan berlebihan bermakna tidak sihat. Hakikatnya, kesihatan fizikal tidak boleh dinilai dari satu sudut sahaja. BMI, lemak viseral dan obesiti masing-masing memainkan peranan penting, namun ramai yang masih keliru tentang perbezaannya.

Apakah Itu BMI?

BMI (Indeks Jisim Tubuh) ialah ukuran untuk menilai sama ada berat badan seseorang berada dalam julat sihat berdasarkan ketinggiannya. Walau bagaimanapun, BMI hanya memberikan gambaran kasar kerana ia tidak dapat membezakan antara otot dengan lemak dan tidak menunjukkan lokasi lemak dalam badan.

Kategori BMI secara umum:

  • Underweight
  • Normal
  • Overweight
  • Obes
Apakah Itu Lemak Viseral?

Lemak viseral ialah lemak yang tersimpan jauh di dalam perut, mengelilingi organ penting seperti hati, pankreas dan usus. Lemak viseral yang berlebihan boleh meningkatkan risiko:

  • Diabetes (diabetes jenis 2)
  • Tekanan darah tinggi
  • Heart disease
  • Stroke
Apakah Maksud Obesiti?

Obesiti ialah keadaan di mana lemak badan yang berlebihan telah memberi kesan negatif kepada kesihatan. Ia bukan sekadar berat badan berlebihan, tetapi keadaan perubatan yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit kronik.

Antara keadaan yang sering dikaitkan dengan obesiti ialah:

  • Type 2 diabetes
  • Tekanan darah tinggi
  • High cholesterol
  • Penyakit jantung dan salur darah
  • Masalah sendi dan sakit lutut
Bilakah Anda Perlu Mendapatkan Nasihat Doktor?
  • Berat badan sukar turun walaupun telah menjaga pemakanan dan bersenam
  • Mempunyai masalah berkaitan berat badan seperti diabetes atau tekanan darah tinggi
  • Berat badan meningkat tanpa sebab yang jelas
  • Ingin menurunkan berat badan dengan selamat dan berkesan

Pengurusan berat badan yang berkesan bukan sekadar menurunkan angka pada penimbang, tetapi mengurangkan risiko kesihatan keseluruhan di bawah pemantauan doktor.

 

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.klinikassalam.com

Tatal ke Atas