Menopaus ialah fasa semula jadi dalam kehidupan wanita apabila haid mula berhenti. Namun, sebelum fasa ini berlaku, ramai wanita mengalami perubahan hormon yang boleh menyebabkan simptom seperti rasa panas badan secara tiba-tiba (hot flashes), sukar tidur, berpeluh pada waktu malam dan emosi yang tidak stabil.

 

Apakah Itu Hot Flashes?

Ini ialah keadaan apabila badan tiba-tiba berasa panas, terutamanya di sekitar muka, leher dan dada. Sesetengah wanita turut berpeluh, berdebar-debar atau berasa tidak selesa. Ia boleh mengganggu tidur jika berlaku pada waktu malam.

 

Cara mengurangkan hot flashes termasuk:

  • Memakai pakaian yang ringan dan selesa
  • Mengurangkan makanan pedas, kafein dan minuman panas
  • Minum air secukupnya

 

Mengapa Menopaus Boleh Mengganggu Tidur?

Perubahan hormon boleh menyebabkan badan lebih mudah berasa panas, berpeluh pada waktu malam dan sukar tidur. Tidur yang tidak berkualiti akan menyebabkan badan lebih cepat letih.

 

Untuk membantu meningkatkan kualiti tidur, cuba amalkan:

  • Kurangkan penggunaan telefon sebelum tidur
  • Elakkan kafein pada waktu petang atau malam
  • Kekalkan jadual tidur yang konsisten

 

Bilakah Anda Perlu Berjumpa Doktor?

Dapatkan pemeriksaan doktor jika simptom menopaus banyak mengganggu kehidupan harian anda. Contohnya:

  • Hot flashes yang terlalu kerap
  • Sukar tidur hampir setiap malam
  • Haid terlalu banyak atau tidak teratur
  • Pendarahan selepas menopaus

 

Jika simptom menopaus mula mengganggu kehidupan harian anda, dapatkan penilaian awal bersama doktor pakar di Klinik As-Salam untuk pilihan penjagaan yang sesuai.

 

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kesihatan wanita?

Jangan risau. Anda boleh menempah temu janji bersama pakar kami, Dr Maiza Tusimin, di Klinik As-Salam Ampang.

 

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.klinikassalam.com

Tatal ke Atas