Berdengkur semasa tidur mungkin nampak biasa, tetapi jika dengkuran sangat kuat dan berlaku setiap malam, ia mungkin tanda yang tidak patut diabaikan.
Dalam sesetengah kes, dengkuran kuat boleh menjadi tanda Apnea Tidur, iaitu gangguan tidur yang menyebabkan pernafasan terhenti berulang kali semasa tidur.
Apakah Itu Apnea Tidur?
Apnea Tidur ialah keadaan apabila pernafasan seseorang terhenti seketika atau menjadi perlahan semasa tidur. Ini boleh mengganggu tidur dan menghalang badan daripada mendapat rehat yang berkualiti.
Tanda Apnea Tidur:
- Loud snoring
- Terjaga dalam keadaan tercungap-cungap
- Masih berasa letih pada waktu pagi
- Sukar memberi tumpuan
- Sakit dada semasa tidur
Jika keadaan ini berterusan dalam tempoh yang lama, ia boleh menjejaskan tenaga, fokus, emosi, tekanan darah, kesihatan jantung dan metabolisme anda.
Oleh itu, berdengkur kuat semasa tidur dan keletihan berpanjangan bukan perkara yang patut dianggap normal.
Apnea Tidur biasanya lebih berisiko bagi mereka yang:
- Mempunyai berat badan berlebihan
- Mempunyai tekanan darah tinggi
- Mengalami hidung tersumbat atau masalah pernafasan
- Mempunyai sejarah keluarga apnea tidur
Jadi, jangan abaikan isyarat badan anda.
Dapatkan pemeriksaan segera jika anda kerap berdengkur kuat, terjaga dalam keadaan sesak nafas atau masih berasa letih walaupun selepas tidur.
Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.klinikassalam.com