Sepanjang kehamilan, ibu pasti akan menjalani prosedur imbasan kehamilan! Bukan sahaja ibu bapa dapat melihat wajah atau pergerakan bayi, malah imbasan membolehkan kesihatan ibu dan perkembangan bayi dipantau sepanjang kehamilan.
Imbasan Kehamilan? Apakah Itu?
Imbasan kehamilan ialah pemeriksaan menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi (ultrabunyi atau ultrasound) untuk menghasilkan imej bayi dalam kandungan. Gelombang ini bergerak ke rahim dan dipantulkan semula oleh janin sebagai getaran.
Fungsi imbasan semasa hamil termasuk:
- Mengesahkan kehamilan dan lokasi kandungan (di dalam rahim)
- Menentukan usia kandungan dan anggaran tarikh bersalin
- Memantau pertumbuhan bayi mengikut usia kandungan
- Mengesan sebarang keabnormalan atau risiko komplikasi lebih awal
Pemeriksaan ini membantu doktor membuat keputusan yang tepat untuk memastikan kehamilan berjalan dengan selamat.
Apakah Jenis Imbasan yang Disediakan di Klinik As-Salam?
- Imbasan 2D/3D/4D/5D
- Imbasan Pertumbuhan 2D
- Imbasan NT
- Imbasan Terperinci 2D
Ingin Menjalani Imbasan Kehamilan?
Datanglah membuat imbasan di Klinik As-Salam. Kami menggunakan teknologi ultrabunyi berkualiti tinggi yang dikendalikan oleh doktor berpengalaman bagi memberikan ketenangan dan kepuasan kepada setiap bakal ibu.
Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.klinikassalam.com