Apakah Kesan Berantai dalam Influenza?

Pernahkah hanya seorang di rumah yang demam, tetapi beberapa hari kemudian ahli keluarga lain mula batuk, selesema dan berasa tidak sihat?

 

Situasi ini boleh dipanggil ‘Kesan Berantai’, atau jangkitan berantai. Ia bermaksud jangkitan influenza bermula daripada seorang individu, kemudian merebak kepada orang di sekelilingnya.

 

Bagaimanakah Kesan Berantai Berlaku?

1. Titisan pernafasan

Virus boleh merebak melalui titisan pernafasan apabila individu yang dijangkiti batuk, bersin atau bercakap dalam jarak dekat. Virus cepat tersebar ke udara.

 

2. Sentuhan langsung & tidak langsung

Virus juga boleh berpindah melalui sentuhan pada permukaan atau objek yang tercemar, apabila seseorang kemudian menyentuh muka, hidung atau mulut.

 

3. Tempat yang sesak

Virus merebak lebih cepat di kawasan sesak kerana mudah berpindah dari seorang individu ke individu lain.

Sebab itulah virus influenza boleh bermula daripada seorang sahaja dan akhirnya menyebabkan seisi rumah jatuh sakit.

 

Mengapa Influenza Mudah Merebak dalam Keluarga?

Rumah merupakan tempat kita berkongsi ruang, termasuk makan bersama, menyentuh permukaan yang sama dan kurang mengambil langkah pencegahan seperti mencuci tangan atau menutup mulut ketika batuk atau bersin.

 

Disebabkan itu, virus mudah merebak daripada seorang ahli keluarga kepada yang lain, terutamanya golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, wanita hamil dan individu yang menghidap penyakit kronik.

 

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.klinikassalam.com

Tatal ke Atas