Setiap kali tiba bulan Ramadan, ramai yang menganggap berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga. Namun, dari sudut perubatan, berpuasa sebenarnya boleh memberi kesan positif kepada kesihatan dan membantu meningkatkan fungsi badan secara keseluruhan.
Jadi, apakah manfaat yang boleh diperoleh daripada berpuasa?
1. Menyokong Proses Nyahtoksin Semula Jadi Badan
Benarkah berpuasa boleh membantu badan menyahtoksin? Jawapannya YA, jika dilakukan dengan cara yang betul. Apabila badan tidak menerima makanan untuk tempoh tertentu, sistem penghadaman berpeluang untuk berehat. Badan akan mula menggunakan simpanan tenaga sedia ada, termasuk simpanan lemak, sebagai sumber tenaga.
2. Menyokong Kesihatan Jantung
Berpuasa juga baik untuk kesihatan jantung jika disertai pemakanan seimbang. Berpuasa juga boleh membantu:
- Mengurangkan paras kolesterol jahat
- Mengawal tekanan darah
Apabila pengambilan makanan lebih terkawal dan kurang makanan tinggi gula serta lemak tepu, risiko penyakit jantung dapat dikurangkan.
3. Membantu Pengurusan Berat Badan
Berpuasa boleh membantu menurunkan berat badan jika dilakukan dengan betul. Manfaatnya termasuk mengawal pengambilan kalori, mengurangkan tabiat makan snek berlebihan dan membantu mengawal selera makan. Paling penting, pilihan hidangan semasa sahur dan berbuka mestilah seimbang.
Jadi, berpuasa bukan sahaja membawa ganjaran rohani, malah manfaat kesihatan yang besar jika dilakukan dengan baik. Jangan lupa, pemakanan dan gaya hidup sihat turut memainkan peranan dalam mencapai kesihatan yang lebih baik.
Ingin memastikan badan kekal sihat sepanjang Ramadan?
Dapatkan pemeriksaan kesihatan dan konsultasi bersama doktor kami untuk nasihat yang sesuai dengan keadaan kesihatan anda.
Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.klinikassalam.com