Masalah Berat Badan: Bilakah Anda Perlu Berjumpa Doktor?

Ramai yang menganggap berat badan hanya berkaitan dengan pemakanan dan senaman, tanpa mengetahui punca lain yang menyumbang kepada masalah berat badan. Isu ini bukan sekadar soal disiplin, malah boleh disebabkan oleh hormon, metabolisme, ubat-ubatan dan masalah kesihatan yang tidak kita sedari.

Jadi, bilakah masa yang sesuai untuk berjumpa doktor?

  1. Apabila berat badan tidak turun walaupun telah menjaga pemakanan dan bersenam
  2. Apabila berat badan meningkat dengan cepat tanpa sebab yang jelas
  3. Apabila BMI anda sudah berada dalam kategori berat badan berlebihan atau obes
  4. Apabila banyak lemak tertumpu di sekitar perut
  5. Apabila anda ingin menurunkan berat badan dengan cara yang selamat dan berkesan

Walau bagaimanapun, ada keadaan di mana berat badan berubah tanpa sebab yang jelas walaupun gaya hidup tidak banyak berubah, termasuk:

Tiroid terlampau aktif: boleh menyebabkan lebih banyak kalori dibakar, lalu berat badan turun atau naik secara mendadak.

Kemurungan: boleh menjejaskan selera makan, menyebabkan sesetengah orang makan terlalu sedikit atau terlalu banyak.

Penyakit radang usus: mengurangkan keupayaan badan menyerap nutrien dan menyebabkan cirit-birit, sekali gus menjejaskan berat badan.

Apakah yang Akan Dinilai Apabila Anda Berjumpa Doktor?

Doktor akan membuat penilaian menyeluruh, termasuk:

  • Gaya hidup dan tahap aktiviti fizikal
  • Corak pemakanan harian
  • Sejarah kesihatan dan ubat yang diambil
  • Faktor dalaman seperti hormon dan metabolisme

Berdasarkan penilaian ini, doktor akan merangka pelan penurunan berat badan yang selamat dan sesuai dengan keadaan badan anda, bukan sekadar mengikut diet yang menjadi trend.

Jangan tunggu sehingga berat badan menjejaskan kesihatan anda dengan serius.

Jumpa doktor hari ini untuk penilaian menyeluruh dan pelan penurunan berat badan yang selamat serta berkesan.

Tempah sesi konsultasi bersama doktor kami sekarang dan ambil langkah pertama ke arah tubuh yang lebih sihat!

 

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.klinikassalam.com

Tatal ke Atas