Mitos Pantang Makanan Selepas Berkhatan (Sunat) yang Masih Dipercayai Ibu Bapa

Kadangkala, ibu bapa kurang arif tentang pantang makanan selepas anak berkhatan kerana percaya luka akan lambat sembuh. Namun, kebanyakan pantang yang diamalkan sebenarnya mitos yang diwarisi turun-temurun, bukan fakta perubatan.

Jadi, berikut ialah beberapa mitos yang sering dipercayai selepas anak berkhatan:

1. “Tak boleh makan telur, nanti luka gatal”

Telur tidak menyebabkan gatal dan tidak melambatkan penyembuhan. Malah, telur mengandungi protein yang membantu mempercepatkan pemulihan luka berkhatan.

2. “Ikan menyebabkan luka bernanah atau berair”

Ikan seperti salmon, kembung atau tenggiri kaya dengan Omega-3 yang membantu mengurangkan keradangan dan mempercepatkan penyembuhan. Ikan yang perlu dielakkan ialah ikan yang tidak segar dan yang mencetuskan alahan.

3. “Makanan laut boleh memburukkan luka”

Bukan semua makanan laut perlu dielakkan. Sesetengah kanak-kanak mungkin alah kepada udang, sotong dan ketam, tetapi jika tiada alahan, makanan laut tidak akan memburukkan luka.

4. “Tak boleh makan kicap, nanti parut jadi hitam.”

Mitos lama yang tidak disokong oleh kajian. Parut gelap sebenarnya bukan berpunca daripada kicap, tetapi daripada genetik kulit, keradangan berlebihan, jangkitan luka serta garuan atau geseran.

Jadi, Apakah Makanan Terbaik Semasa Pemulihan Berkhatan?

Untuk sembuh dengan cepat, utamakan makanan yang:

  • Tinggi protein (Ayam, Ikan)
  • Tinggi vitamin C (Oren, Brokoli)
  • Bersifat antiradang (Avokado, Sayur Hijau)

Kebanyakan pantang makanan selepas berkhatan sebenarnya mitos turun-temurun. Perkara yang paling penting ialah:

  • Pastikan luka sentiasa bersih
  • Ikut arahan penjagaan doktor
  • Berikan makanan berkhasiat
  • Elakkan makanan yang menyebabkan alahan pada anak

 

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.klinikassalam.com

Tatal ke Atas