PCOS dan Masalah Berat Badan: Adakah Ia Berkaitan?

PCOS, atau Sindrom Ovari Polisistik, ialah keadaan yang dialami wanita melibatkan ketidakseimbangan hormon dan cara metabolisme badan berfungsi. PCOS boleh menyebabkan masalah kitaran haid, kesuburan, fungsi jantung dan penampilan fizikal.

Apakah Kaitan antara PCOS dan Masalah Berat Badan?

Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan kenaikan berat badan yang ketara, dan badan menghasilkan insulin tetapi sel tidak menggunakannya dengan baik. Disebabkan itu, berat badan lebih cepat naik dan lebih sukar diturunkan.

Kesan Berat Badan Berlebihan terhadap PCOS
  • Memburukkan simptom PCOS
  • Menyebabkan haid menjadi lebih tidak teratur
  • Meningkatkan risiko diabetes & tekanan darah tinggi
  • Menyukarkan untuk hamil
Apakah yang Perlu Dilakukan oleh Pesakit PCOS untuk Menurunkan Berat Badan?
  • Amalkan diet rendah karbohidrat
  • Bersenam sebelum makan
  • Utamakan serat sebagai cara mengurus PCOS
  • Kurangkan gula dalam makanan

PCOS dan masalah berat badan memang saling berkaitan dan bukan sekadar akibat kurang usaha. Ketidakseimbangan hormon dan gangguan metabolisme menjadikan proses menurunkan berat badan lebih mencabar bagi pesakit PCOS.

Jika anda sukar menurunkan berat badan walaupun telah mencuba pelbagai cara, dapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor terlebih dahulu untuk menentukan rawatan yang sesuai.

 

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.klinikassalam.com

Tatal ke Atas