Peranan Insulin dalam Berat Badan

Apakah itu insulin?

Insulin ialah hormon yang dihasilkan oleh pankreas, dan peranan utamanya adalah membantu glukosa dalam darah memasuki sel supaya boleh digunakan sebagai tenaga.

Jadi, setiap kali kita makan:

👉 Gula darah meningkat
👉 Insulin dirembeskan
👉 Insulin membantu membawa gula ke dalam sel

 
Bagaimanakah insulin menyebabkan kenaikan berat badan?
  1. Gula berlebihan disimpan sebagai lemak
  2. Badan berhenti membakar lemak apabila paras insulin tinggi
  3. Insulin menyebabkan kita cepat berasa lapar
 
Apakah Itu Rintangan Insulin?

Rintangan insulin berlaku apabila badan terlalu kerap terdedah kepada paras insulin yang tinggi, menyebabkan sel badan menjadi kurang sensitif.

Ini boleh menyebabkan:

  • Badan memerlukan lebih banyak insulin untuk fungsi yang sama
  • Lemak lebih mudah terkumpul
  • Berat badan semakin sukar diturunkan

Dalam jangka panjang, ia boleh dikaitkan dengan:

  • Diabetes
  • PCOS
  • Masalah metabolik yang lain
 
Apakah yang Boleh Dilakukan untuk Mengurus Insulin?
  • Pilih makanan yang membantu mengekalkan gula darah lebih stabil
  • Kurangkan kekerapan makan
  • Jaga tidur dan tahap tekanan
  • Dapatkan penilaian yang sewajarnya

Jadi, jika anda sukar menurunkan berat badan, puncanya mungkin bukan makanan yang anda ambil, tetapi cara badan anda mengurus hormon insulin.

 
Masih tidak pasti cara memulakan penurunan berat badan?

Jom mulakan di Klinik As-Salam bersama Klinik Pengurusan Berat Badan kami.

 

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.klinikassalam.com

Tatal ke Atas