Cuaca Panas Melampau: Risiko yang Ramai Tidak Sedari

Cuaca panas yang melanda Malaysia ketika ini bukan sekadar tidak selesa. Ia boleh memberi kesan serius kepada kesihatan jika dipandang ringan. Suhu malah mencecah antara 37 hingga 40 darjah Celsius, tahap yang boleh dikaitkan dengan gelombang haba.

 

Siapakah yang Lebih Berisiko?
  • Mereka yang aktif di luar (buruh, petani, atlet, tentera, polis)
  • Orang dewasa berumur 40 tahun ke atas
  • Kanak-kanak bawah 5 tahun
  • Pesakit yang menghidap penyakit pernafasan
  • Pesakit tekanan darah tinggi, penyakit jantung, diabetes & masalah tiroid

 

Apabila suhu meningkat, badan cuba menyejukkan diri melalui peluh. Namun, proses ini menyebabkan kehilangan air dan elektrolit dengan cepat.

 

Apakah Risiko yang Ramai Tidak Sedari?
  • Dehidrasi senyap
  • Heat stroke
  • Keletihan melampau
  • Dizziness
  • Kurang fokus

Dalam kes yang lebih serius, ia boleh menyebabkan strok haba yang memerlukan rawatan segera.

 

Jadi, berikut ialah beberapa langkah untuk melindungi diri anda:

  • Minum air secukupnya walaupun tidak berasa dahaga
  • Elakkan minuman berkafein atau terlalu manis
  • Kurangkan aktiviti luar pada waktu tengah hari
  • Pakai pakaian yang ringan dan berwarna cerah

 

Jangan tunggu sehingga badan memberikan isyarat bahaya. Ambil langkah awal untuk melindungi kesihatan diri dan keluarga sepanjang cuaca yang semakin tidak menentu ini.

 

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.klinikassalam.com

Tatal ke Atas