Pernahkah anda berasa otak seperti “kabur”: sukar fokus, cepat lupa perkara kecil atau lambat berfikir?
Keadaan ini juga dikenali sebagai “Kabus Otak (Brain Fog).” Ia bukan penyakit khusus, sebaliknya istilah untuk menggambarkan keadaan apabila fokus, ingatan dan kejelasan berfikir seseorang terganggu.
Tanda Kabus Otak:
- Sukar fokus semasa bekerja atau belajar
- Cepat lupa perkara kecil
- Berasa otak “berat” atau lambat berfikir
- Berasa lembap walaupun selepas tidur
Mengapa Kabus Otak Berlaku?
Kabus otak boleh dipengaruhi oleh banyak faktor, termasuk:
- Tidur yang tidak berkualiti
- Tekanan yang berlebihan
- Kurang rehat
- Hormonal changes
- Masalah kesihatan tertentu
Jika rasa kabur, pelupa atau tidak dapat fokus berlaku sekali-sekala, ia mungkin berkaitan dengan gaya hidup harian. Namun, jika berterusan dan semakin mengganggu kerja atau aktiviti harian, jangan abaikannya.
Terdapat beberapa langkah asas untuk menangani kabus otak, seperti:
- Tidur secukupnya
- Drinking enough water
- Mengurus tekanan dengan baik
- Kekal aktif secara konsisten
- Menjalani pemeriksaan kesihatan untuk menyemak bacaan badan
Jika anda kerap mengalami kabus otak atau sudah lama tidak membuat pemeriksaan kesihatan, dapatkan saringan kesejahteraan di Klinik As-Salam yang berhampiran.
Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.klinikassalam.com