Virus influenza sangat mudah merebak, terutamanya di tempat yang sesak dan sibuk, termasuk ruang tertutup. Walaupun kita berhati-hati, rutin harian seperti pergi kerja, menghantar anak ke sekolah atau membeli-belah di pasar raya tanpa disedari meningkatkan risiko terdedah kepada influenza.
Walaupun peningkatan kes influenza bersifat bermusim, langkah pencegahan tetap perlu diutamakan untuk melindungi diri dan masyarakat di sekeliling.
Antara tempat influenza mudah merebak ialah:
1. Sekolah, tadika dan taman asuhan
Tempat yang menghimpunkan ramai orang merupakan antara lokasi influenza mudah merebak. Interaksi antara kanak-kanak termasuk bersentuhan dan berkongsi barang memainkan peranan. Jika seorang kanak-kanak dijangkiti, virus mudah merebak kepada rakan-rakannya dan menjejaskan kesihatan mereka.
2. Tempat kerja dan pejabat
Ruang kerja tertutup seperti bilik mesyuarat dan perkongsian peralatan boleh meningkatkan risiko jangkitan jika salah seorang pekerja tidak sihat, seperti demam atau batuk.
3. Pengangkutan awam
Pengangkutan awam seperti bas, kereta api dan perkhidmatan e-hailing juga mempunyai kadar jangkitan yang tinggi kerana permukaan seperti pintu, tempat duduk dan pemegang kerap disentuh oleh ramai orang. Inilah yang menyebabkan virus merebak.
4. Pusat beli-belah dan pasar raya
Kawasan seperti lif, medan selera dan ruang permainan kanak-kanak merupakan tempat tumpuan ramai, terutamanya kanak-kanak. Inilah antara tempat influenza paling mudah merebak tanpa disedari.
Oleh itu, jangan tunggu sehingga simptom menjadi teruk atau ramai yang sudah dijangkiti.
Pencegahan awal, seperti mengambil vaksin influenza setiap tahun, perlu diamalkan untuk membantu melindungi diri, keluarga dan masyarakat.
Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.klinikassalam.com